Sunday 23 August 2015

Teromba = Adat Perpatih

Teromba

Definisi Teromba adalah adat dan peraturan serta norma-norma dalam satu  hidup masyarakat khususya tentang undang-undang adat yang diamalkan oleh masyarakat yang hidup sosial di Negeri Sembilan. Masyarakat ini dapat melahirkan dan mengamalkan Adat Perpatih. Ini menyebabkan teromba bertulis dalam bentuk susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi yang dinamakan 'Puisi adat'.


Asal -Usul dalam Adat Perpatih



Bentuk dan Ciri-Ciri Teromba


Kita boleh melihat dari aspek bentuk

-Ia merupakan sejenis  puisi dalam bentuk bebas atau dikenali sebagai  puisi tidak terikat

-Ia mengandungi 7 rangkap.Jumlah perkataan dalam baris serangkap tidak ditetapkan  iaitu rangkap 1    mengandungi 14, rangkap dua 16 baris serangkap, rangkap 22 baris serangkap, rangkap empat 6 baris  serangkap, rangkap lima 17 baris serangkap, rangkap enam 7 baris serangkap dan rangkap tujuh 9 baris  serangkap.

-Rima akhir dalam  teromba adalah tidak tetap

-Jumlah perkataan sebaris tidak seimbang iaitu di antara 1 hingga 6 patah perkataan sebaris, contoh:
 Rangkap 1, baris 1 ….. Tatkala
 Rangkap 2, baris 16 … Perempuan biasa berusahakan benang dan kapas


-Jumlah suku kata sebaris dalam Teromba juga tidak seimbang.

-Ia menggunakan Jenis Puisi Malayu yang Traditional yang lain contohnya terdapat penggunaan peribahasa dalam puisi Teromba.
    Contoh Teromba,

    R1B1 Tat/ka/la 3 jumlah suku kata
    R2B16 Pe/rem/pu/an bia/sa ber/u/sa/ha/kan be/nang dan ka/pas 16 sk
  1. Terdapat penggunaan jenis puisi Melayu tradisional yang lain seperti penggunaan peribahasa

  2. Contoh : Bulat air kerana pembetung
    Bulat manusia kerana muafakat Rangkap 5

    Hidup dikandung adat,
    Mati dikandung bumi, Rangkap 5

    Ciri dari segi isi :
    Isinya mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial masyarakat yang melahirkan dan mengamalkannya secara turun-temurun dari satu generasi ke generasi yang lebih muda.

Teknik penulisan dalam Teromba :

Ia merupakan satu jenis  puisi dalam bentuk bebas atau tidak terikat


  1. Rangkap teromba :
    Mengandungi 7 rangkap.Jumlah baris serangkap tidak tetap iaitu rangkap 1 mengandungi14, rangkap dua 16 baris serangkap, rangkap 22 baris serangkap, rangkap empat 6 baris serangkap, rangkap lima 17 baris serangkap, rangkap enam7 baris serangkap dan rangkap tujuh 9 baris serangkap.

  2. Jumlah perkataan dalam sebaris :
    Jumlah perkataan sebaris tidak seimbang iaitu di antara 1 hingga 6 patah perkataan sebaris
    Contoh,
    Rangkap 1, baris 1 ….. Tatkala
    Rangkap 2, baris 16 … Perempuan biasa berusahakan benang dan kapas /
  3. Jumlah suku kata sebaris :
    Jumlah suku kata sebaris juga tidak seimbang iaitu di antara 3 hingga
    Contoh,
    R1B1 Tat/ka/la 3 jumlah suku kata
    R2B16 Pe/rem/pu/an bia/sa ber/u/sa/ha/kan be/nang dan ka/pas 16 sk


FUNGSI TEROMBA

  1. Memberi panduan dan pendidikan tentang cara hidup dan hidup masyarakat yang baik seta harmoni melalui adat,peraturan,dan undangundang yang dibentuk
  2. menjelaskan keutamaan adat dan masyarakat mesti mengikut kebiasaan yang telah dijadikan peraturan setempat
  3. Uuntuk menggambarkan masyarakat yang mempunyai nilai estetika

Jenis-Jenis Teromba

  1. TEROMBA MERISIK DALAM ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN
  2. TEROMBA PERSEFAHAMAN DAN TOLONG MENOLONG
  3. TEROMBA ADAT SEBENAR ADAT
  4. TEROMBA TONGGAK NILAI

Contoh Teromba






Merisik dalam adat istiadat perkahwinan

Adalah saya bak kata orang,
Kok ibarat umur baru bertukar muda,
Pendapatan pun belum ada,
Pandangan pun belum banyak,
Pengalaman pun belum jauh,
Kok darah belum setampuk pinang,
Kok jalan kurang pasa,
Kalau begitu kedatangan saya ini,
Ibarat pergi ke huma,
Singkap daun ambil buah,

Adapun kedatangan saya ini sama-sam faham,
Orang ke awak, awak ke orang,
Semenda bersemenda
Kok ibarat dasar pusaka,
Kok segar disiram,
Kok putus kata di pangkal,
putus dengan dibagi,
Duduk berperuntungan,
Mati hukum Allah.

Duduklah pula sepelarasan,
Pandangan memandang satu nan lain,
Iaitu bersuku-suku,
Berapalah sukunya dua belas,
Dua belas Muar dua belas Jempol,
Enam Teraci Enam gunung Pasir,

Kok selaman sepermainan,
Kok sejamban seperulangan,
Tapi dek hokum tak mengambil,
Diharuskan pula semenda-menyenda.
(Mohd. Yusof Md. Noor & Abd. Rahman Kaeh, 1996


PERSEFAHAMAN DAN TOLONG MENOLONG


Bulat air kerana pembentung
Bulat manusia kerana muafakat
Faham sesuai benar seukur
Bulat segolek ,pipih selayang
Rundingan jangan selisih
mufakat jangan bercanggah

Tuan pada sekata
Berani pada seia
Berat sama dipikul
Ringan sama  dijinjing
Yang tidak ada sama dicari
Sama sakit,sama senang
Ke bukit sama mendaki
le luaran sama menuruni sama mengayun sama melangkah

Jika khabar baik diberitahu
Jika khabar buruk serentak didatangani
jika jauh ingat mengingati
Jika dekat temu menuruni

dapat sama labu 
hilang sama rugi


Contoh Teromba Yang Lain.